Its Me.


Siapa jodoh ku???
23/06/2012 | 0 comment(s)
Tolong beritahu jodohku, aku ada beberapa pesanan untuknya,

Tolong beritahu jodohku, cinta agung lagi suci adalah cinta dariNya,

Tolong beritahu jodohku, cinta pada manusia boleh buatnya lupa

Tolong nasihatkan jodohku, jangan mencintaiku lebih dari yang Maha Esa,

Tolong nasihatkan jodohku, jangan merinduiku lebih dari Maha Pencipta

Tolong nasihatkan jodohku, jangan mendoakanku lebih dari ibu bapanya.

Tolong katakan pada jodohku, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga,

Tolong katakan pada jodohku, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya

Tolong katakan pada jodohku, dahulukan yang wajib, kerana itu jalan hendak ke syurga

Tolong ingatkan pada jodohku, aku terpikat kerana imannya bukan paras rupa

Tolong ingatkan jodohku, aku lebih mencintai zuhudnya bukan hartanya

Tolong ingatkan jodohku, aku menyayanginya kerana budi bahasanya

Tolong tegurkan  jodohku, bila beliau mula mengagungkan cinta manusia

Tolong tegurkan  jodohku, bila beliau mula tenggelam dengan angan-angannya

Tolong tegurkan  jodohku, andai nafsu mula mengawal fikirannya

Tolong sedarkan jodohku, aku milik yang Maha Pencipta

Tolong sedarkan jodohku, aku masih milik keluarga

Tolong sedarkan jodohku, tanggungjawabnya besar pada keluarga

Tolong sabarkan jodohku, usah ucap cinta andai cita-cita belum tercapai..

Tolong sabarkan jodohku, usah dekati diri ini kerana bimbang diri terlalai..

Tolong sabarkan jodohku, usah bimbang tentang jarak antara kita..

Tolong pesan pada jodohku, aku tidak mahu menjadi fitnah besar pada dirinya

Tolong pesan pada jodohku, aku tidak mahu menjadi punca kegagalannya

Tolong pesan pada jodohku, biarlah Maha Pencipta menjaga dirinya

Tolong khabarkan pada jodohku, aku tidak mahu membuat dia terleka

Tolong khabarkan pada jodohku, aku mahu melihat dia berjaya dalam cita-citanya

Tolong khabarkan pada jodohku, aku mahu dia jadi penyokong kejayaanku.

Tolong sampaikan pada jodohku, aku mendambakan cinta suci dan luhur darinya

Tolong sampaikan pada jodohku, mencintaiku kerana Allah tidak ternilai harganya

Tolong sampaikan pada jodohku, hubungan ini akan terjaga selagi dia menjadi hubungan dengan yang Maha Kuasa

Tolong sampaikan pada jodohku, kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri.

Siapakah jodohku? Di manakah dia berada? Hanya Allah yang tahu. Hanya kepadaMu aku berserah akan jodohku. Sampaikan pesanan ini padanya walaupun aku masih belum mengetahui siapa jodohku. Insyallah jodohku, satu hari nanti dengan izin Allah, kita pasti akan bertemu jua 


kredit: aku islam




Older Post . Newer Post